Scholarships

Permohonan Program Dermasiswa B40 2023

Sponsored by: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Deadline11 Ogos 2023 (jam 12.00 tengah hari)
Organisation TypeGovernment Agencies
Fund TypeScholarship
Study Local or Abroad?Local

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah membuka permohonan kepada calon-calon Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2022 untuk memohon penajaan di bawah Program Dermasiswa B40 (DB40).

DB40 mensasarkan pelajar yang sedang mengikuti pengajian peringkat diploma di institusi yang dikenal pasti daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah, iaitu golongan B40 untuk diberi penajaan secara kaedah dermasiswa.

Matlamat pelaksanaan program ini adalah bagi membantu pelajar-pelajar SPM 2022 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah iaitu golongan B40 untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi, terutamanya di peringkat Diploma dalam bidang berfokuskan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di Universiti Awam (UA), Politeknik dan Institut Kemahiran Awam (IKA).

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan mulai 31 Julai 2023 sehingga 11 Ogos 2023 secara atas talian.

Syarat Umum

Syarat umum yang ditetapkan oleh pihak JPA adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA.
  4. Menduduki peperiksaan SPM 2022 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah termasuk sekolah khas, sekolah swasta atau calon-calon persendirian.
  5. Umur belum mencapai 19 tahun, atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  6. Tidak menerima bantuan kewangan/tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  7. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.
  8. Pendapatan perkapita dalam kategori B40 iaitu RM4,849.00 sebulan dan ke bawah.

Syarat Khusus

Selain itu, syarat khusus yang ditetapkan kepada pemohon adalah seperti berikut:
i) Bagi Universiti Awam (UA)/ Politeknik yang dikenalpasti:

  1. Menduduki SPM 2022 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 3 subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

ii) Bagi Institut Kemahiran Awam yang merangkumi Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)/Institut Kemahiran MARA/Kolej Kemahiran Tinggi MARA/Kolej Komuniti/Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)/Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI):

  1. Menduduki SPM 2022 dan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta mendapat sekurang-kurangnya gred C dalam mana-mana 1 subjek lain yang diambil; dan
  2. Telah mendapat tempat dan memulakan pengajian di institusi pengajian tersebut.

Bidang Pengajian Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah:

  1. Perubatan
  2. Pergigian
  3. Farmasi
  4. Pendidikan
  5. Kejururawatan
  6. Sijil Profesional untuk pelesenan seperti lesen penerbangan (Aircraft Maintenance License), lesen menyelam (Diving License) serta kursus profesional seperti Certified Legal Practitioner (CLP)
  7. Chartered Accountancy (CA)

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat dalam talian di laman sesawang eSILA iaitu https://esilav2.jpa.gov.my mulai 31 Julai 2023 (Isnin), 12.00 tengah hari hingga 11 Ogos 2023 (Jumaat), 12.00 tengah hari.

Keputusan permohonan penajaan ini dijangka akan diumumkan melalui laman sesawang yang sama pada 6 Oktober 2023 (Jumaat).

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai DB40, sila layari laman web https://esilav2.jpa.gov.my/.

Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会