Deadline | 31 Oktober 2024 |
---|---|
Organisation Type | Government Agencies |
Fund Type | Scholarship |
Study Local or Abroad? | Local |
Syarat-Syarat Pinjaman
- Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
- Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja. Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
- Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
- Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
- Pinjaman kali ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
- Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 - Jun 2020).
- Penerima pinjaman penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya).
- Permohonan adalah secara online.
Sila lampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir.
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS).
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah.
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf.
- Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada).
- Salinan Sijl Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada).
- Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada).
- Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada).
- Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan. Sila Klik Untuk Contoh MQA.
Bagaimana untuk memohon Pinjaman
- Daftar sebagai pemohon dan log masuk untuk membuat permohonan.
- Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan berbentuk soft copy untuk dimuat naik di permohonan Pinjaman.
- Tarikh Buka Permohonan: 1 Julai 2024.
- Tarikh Tutup Permohonan: 31 Oktober 2024. Sekiranya tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup Permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.
Laman Web: https://eppn.penang.gov.my/syarat