StudyMalaysia.com

Contact Us Contact Us
Scholarships

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Asas Dan Sarjana Muda Pengambilan September 2015

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
Deadline16 October 2015
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeEducation Funds
Study Local or Abroad?Local

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian peringkat Asas & Ijazah Sarjana Muda di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi pengambilan September 2015.

Peringkat Asas

Bidang Kejuruteraan
  1. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan
  2. Memperolehi Agregat tidak melebihi 18 unit*(1,18 unit) dalam lima (5) subjek-subjek berikut:-
  • Matematik (Gred minima = A-)
  • Matematik Tambahan (Gred minima = B)
  • Fizik (Gred minima = B)
  • Kimia (Gred minima = C)
  • Bahasa Inggeris (Gred minima = C)
Bidang Bukan Kejuruteraan, Teknologi Maklumat & Sains Komputer
  1. Lulus SPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya C dalam Bahasa Melayu dan
  2. Memperolehi Agregate tidak melebihi 18 unit* (
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • 3 daripada subjek-subjek berikut:

Sains/ Fizik/ Matematik Tambahan/ Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sejarah/ Geografi atau

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-

Pendidikan Moral/ Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi)/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Aggregate: (A+=0, A=1, A-=2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9)

Peringkat Ijazah Sarjana Muda

  1. Lulus STPM dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 3.00 (PNGK > 3.00) atau
  2. Lulus Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) dalam bidang yang berkaitan atau
  3. Lulus Matrikulasi / Asas dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) dalam bidang yang berkaitan.

Syarat Tambahan Permohonan

  • Berumur tidak melebihi 23 tahun pada 31 Disember 2015.
  • Mendapat tempat di UNTEN. Calan diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain seperti di Bahagian A- Senarai Semak
  • Bagi para pelajar yang sedang dalam pengajian, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.70 (PNGK > 2.70) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 1, 2015/2016).
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Pendapatan ibu bapa diambilkira dalam menentukan jenis Pinjaman Boleh Ubah yang ditawarkan, iaitu sama ada bantuan penuh atau separa.
  • Bagi para pelajar di peringkat Asas, hanya para pelajar pengambilan September 2015 dan telah mendapat tempat di UNITEN sahaja layak memohon.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah  adalah tidak layak memohon.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara "on-line" di laman web YTN seperti berikut:

Kepada yang berminat untuk memohon, sila tekan di sini.

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan adalah pada 10 Ogos 2015.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 October 2015.
  • Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 23 October 2015.

Penghantaran Dokumen

Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah

Jenis Pinjaman Berdasarkan Pendapatan Ibu-Bapa Nilai Bantuan Pinjaman

Pinjaman Penuh:

  • Calon anak anggota kerja TNB atau
  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan tidak melebihi RM5,000 (< RM5,000)  sebulan

Peringkat Asas & Ijazah 

Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM6,000 setahun) + Elaun Buku (RM600 setahun)

Pinjaman Separa

  • Calon awam yang ibu-bapanya berpendapatan melebihi RM5,000 (>RM5,000) sebulan

Peringkat Asas & Ijazah

Yuran Pengajian + Elaun Buku (RM600 setahun)

Lain-Lain

  • Para Pelajar sangat digalakkan untuk memohon awal.
  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan

Sebarang bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-8424 7500 atau pegawai berikut:

Program UNITEN
  • Encik Kamal Sabarudin (samb: 7557)
  • Encik Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
  • Encik Md Nasir Yusof (samb: 7533)
  • Encik Fatimah Mustafa (samb: 7539) 
Teknikal/ Sistem
  • Encik Mohd Amrizal Ibrahim (samb: 7549)
  • Encik Mohd Jafri Ismail (samb: 7523)
Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会