StudyMalaysia.com

Scholarships

Tawaran Pinjaman Boleh Ubah UNITEN Peringkat Diploma Pengambilan September 2015

Sponsored by: Yayasan Tenaga Nasional (YTN)
Deadline16 October 2015
Organisation TypePrivate Sector / Organisation
Fund TypeEducation Funds
Study Local or Abroad?Local

Yayasan Tenaga Nasional (YTN) mempelawa anak-anak anggota kerja TNB yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi mengikuti pengajian Peringkat Diploma di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bagi pengambilan September 2015.

Syarat Dan Kelayakan Akademik

Kejuruteraan

  • Elektrik Kuasa
  • Awam
  • Mekanikal

Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit* (<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek seperti berikut:

  • Matematik
  • Matematik Tambahan
  • Fizik
  • Kimia
  • Bahasa Inggeris

atau

Lulus Sijil dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan.

Bukan Kejuruteraan

  • Perakaunan
  • Kewangan
  • Bisnes
  • Sains Komputer

Lulus SPM termasuk Bahasa Melayu dengan memperolehi agregate tidak melebihi 25 unit* (<25 unit) dalam kombinasi lima (5) subjek seperti berikut:

  • Bahasa Inggeris
  • Matematik
  • Sains/ Fizik/ Matematik Tambahan/ Kimia/ Prinsip Akaun/ Perdagangan/ Ekonomi Asas/ Sejarah/ Geografi

atau

pilih salah satu yang terbaik daripada subjek-subjek berikut:-

Pendidikan Moral/ Pengetahuan Agama Islam/ Bahasa Arab Tinggi/ Bahasa Arab (Komunikasi)/ Tasawwur Islam/ Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah

*Cara Pengiraan Agregate: (A+=0, A=1, A-=2, B+=3, B=4, C+=5, C=6, D=7, E=8, G=9)

atau

Lulus Sijil dengan memperolehi sekurng-kurangnya PNGK 2.80 (PNGK > 2.80) dalam bidang yang berkaitan

Syarat Tambahan Permohonan

  • Berumur tidak melebihi 22 tahun pada 31 Disember 2015.
  • Permohonan ini layak untuk Anak Anggota Kerja TNB dan Anak-anak Syarikatnya sahaja.
  • Bagi para pelajar di peringkat Diploma, hanya para pelajar pengambilan September 2015 yang layak memohon. Manakala pelajar yang sedia ada di UNITEN mestilah mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 (PNGK > 2.50) berdasarkan keputusan peperiksaan terkini (Semester 1, 2015/2016).
  • Mendapat tempat di UNITEN. Calon diwajibkan menghantar salinan surat tawaran Universiti dan resit BMK bersama dengan dokumen sokongan yang lain seperti di Bahagian A - Senarai Semak (di laman web permohonan).
  • Penajaan adalah dihadkan kepada dua (2) orang tanggungan dari satu keluarga pada sesuatu masa, iaitu seorang di UNITEN dan seorang lagi di IPTA.
  • Bekas pelajar tajaan YTN yang pernah ditamatkan penajaan Pinjaman Boleh Ubah adalah tidak layak memohon.

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat secara "on-line" di laman web YTN seperti berikut:

Bagi mereka yang berminat untuk memohon, sila tekan di sini.

Tarikh-Tarikh Penting

  • Tarikh buka permohonan adalah pada 10 Ogos 2015.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Oktober 2015.
  • Tarikh tutup penghantaran dokumen adalah pada 23 Oktober 2015.

Penghantaran Dokumen

Semua dokumen sokongan perlu disahkan dan hendaklah dimajukan ke alamat berikut:-

Pengarah
Yayasan Tenaga Nasional
Peti Surat 70
Pejabat Pos Bandar Baru Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Nilai Bantuan Pinjaman Boleh Ubah

Jenis Pinjaman

Anak Anggota Kerja TNB dan anak-anak syarikatnya sahaja yang layak memohon

Nilai Bantuan

Yuran Pengajian + Elaun Sara Hidup (RM6,000 setahun) + Elaun Buku (RM600 setahun)

Lain-Lain

  • Para pelajar sangat digalakkan untuk memohon awal.
  • Bilangan pinjaman boleh ubah yang ditawarkan adalah TERHAD.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak tepat atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Pertanyaan

Sebaran bantuan atau pertanyaan sila hubungi YTN di talian am 03-89247500 atau pegawai berikut:

Program UNITEN
  • Encik Kamal Sabarudin (samb: 7557)
  • Encik Khairil Anuar Mohamad (samb: 7531)
  • Encik Md Nasir Yusof (samb: 7533)
  • Encik Fatimah Mustafa (samb: 7539) 
Teknikal/ Sistem
  • Encik Mohd Amrizal Ibrahim (samb: 7549)
  • Encik Mohd Jafri Ismail (samb: 7523)
Back to Scholarships Page

Download FREE myCourseGuide
马来西亚的高等教育机会