Program ini menjuruskan pelajar kepada kefahaman tentang teori pembangunan dan aplikasi bagi sistem perisian. Ini termasuk kemahiran dalam penyelesaian masalah, rekabentuk sistem perisian, pengujian perisian dan penyenggaraan sistem. Selaras dengan perkembangan teknologi maklumat menjelang alaf baru, bidang sains komputer dan teknologi maklumat merupakan teknologi penggerak pembangunan sosial yang mampu mewujudkan masyarakat bermaklumat. Kedua-dua bidang ini sangat penting untuk persaingan industri. Oleh itu, bersesuaian dengan seruan kerajaan, tenaga mahir dalam jurusan kejuruteraan perisian, multimedia dan sistem komputer adalah sangat diperlukan.
Syarat Am Universiti
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
dan
Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA;
atau
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya;
dan
atau
Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;
dan
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).
Keperluan Khas Program
Bagi calon lepasan STPM / Matrikulasi tahun 2010 atau sebelumnya:-
Mendapat sekurang-kurangnya Gred C (2.00) dalam mata pelajaran berikut:
atau
Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) pada peringkat SPM dalam mata pelajaran
berikut: