Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: A-Levels
by StudyMalaysia.com on December 13, 2019 | Top Stories
Sekiranya anda mempunyai kelayakan SPM dan anda merancang untuk mengikuti ijazah sarjana muda, anda mungkin memerlukan kelayakan pra-U untuk mendapatkan kemasukan ke universiti atau kolej. Jadi, apakah program pra-U yang manakah patut anda pilih?
Program Cambridge A level
Program A-Level adalah program pra-universiti yang paling popular yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi swasta di Malaysia. Juga dikenali sebagai program ‘Advance Level’, A-Levels adalah sebanding dengan Tingakatan enam di Malaysia dan dianugerahkan oleh Cambridge International Examinations (CIE).
Mata pelajaran subjek A-level dibahagikan kepada dua tahap: Subsidiari Advanced (AS) dan Advance Two (A2), masing-masing menyumbangkan 50% ke gred peringkat akhir A-Level. Program A-level menawarkan dua aliran - Sains dan Seni dan dijalankan selama satu tahun setengah ke dua tahun. Pelajar biasanya mengambil 3-4 subjek - subjek yang ditawarkan dan gabungannya berbeza untuk setiap kolej, jadi anda perlu membuat semakan sebelum mendafatar.
Sekiranya anda mempunyai idea mengenai kursus ijazah sarjana yang anda ingin mengikuti di masa depan, maka anda perlu memastikan kombinasi subjek yang diambil adalah betul. Jika anda belum memutuskan apa yang anda ingin belajar pada peringkat ijazah, anda perlu mengecilkan bidang minat anda supaya anda dapat memilih gabungan subjek yang memberikan anda kelebihan pada masa anda memilih kursus ijazah sarjana.
Kelebihan:
- A-Level telah lama dianggap sebagai "gold standard" untuk kelayakan pra-universiti.
- Sekiranya anda belum pasti apa dan di mana anda ingin belajar di peringkat universiti, A-Level (dengan kombinasi subjek yang betul) akan memberikan anda banyak pilihan dalam jenis kursus dan universiti kerana kelayakannya memang diterima di peringkat global.
- Sekiranya anda bersaing untuk mendapatkan biasiswa, A-Level adalah salah satu kelayakan paling tinggi yang digunakan sebagai penanda aras untuk pencapaian akademik.
- Sekiranya anda merancang untuk memohon universiti terbaik, kemungkinan mereka akan mempertimbangkan A-Level untuk mengukur kehebatan akademik anda berbanding dengan kelayakan pra-universiti yang lain.
Keburukan:
- Disebabkan ia adalah satu program yang ketat, ramai pelajar cenderung untuk menggugurkan satu mata pelajaran selepas tahap AS. Ini bermakna anda perlu memastikan anda mendapat gred minimum yang diperlukan dalam tiga mata pelajaran yang diambil.
- Program ini mengambil masa yang lebih lama berbanding dengan kebanyakan program asas yang lain.
Adakah program A-Level tepat untuk anda? Berikut ialah senarai institusi yang menawarkan A-Level yang boleh anda pertimbangkan:
A-Level Edexcel International Advanced Levels
Offered by: SEGi College, Sarawak
Cambridge A Level (Arts & Science Stream)
Offered by: Kolej Yayasan UEM
Offered by: Terra College
Offered by: Terra College
Offered by: TAR UC - Tunku Abdul Rahman University College
Cambridge GCE A Levels (Science)
Offered by: TAR UC - Tunku Abdul Rahman University College
Offered by: UCSI University
GCE A Level (Cambridge) - Arts
Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus
GCE A Level (Cambridge) - Pre-Law
Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus
GCE A Level (Cambridge) - Science
Offered by: KDU College, Damansara Jaya Campus
GCE A Level Science (3 Subjects)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
GCE A Level Science (4 Subjects)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
Offered by: First City University College
General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (2 subjects)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (2 subjects-Express route)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (3 subjects)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
General Certificate of Education – Advance Level (GCE ‘A’ Level) (4 subjects)
Offered by: Brickfields Asia College (BAC)
Offered by: Taylor's College - Subang Jaya Campus
Offered by: Taylor's College, Sri Hartamas
Offered by: HELP Academy
Offered by: Sunway College KL
Edexcel International Advanced Levels
Offered by: HELP Academy
German A Level Preparatory Programme
Offered by: German Malaysian Institute (GMI)
Pelajar biasanya mengambil tiga hingga empat mata pelajaran. Berikut adalah contoh subjek yang ditawarkan di Malaysia:
Mata pelajaran sains | Biologi, Kimia, Fizik |
Matematik | Matematik, Matematik Tambahan |
Kemanusian | Perakaunan, Sains Komputer, Psikologi, Perundangan, Ekonomi, Kesusasteraan dalam bahasa Inggeris, Pengajian Perniagaan, Perspektif Global & Penyelidikan, Kemahiran Pemikiran (di peringkat AS sahaja) |
Ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program pra-universiti?
- Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: Program Asasi oleh Universiti dan Kolej Swasta
- Program pra-universiti mana yang anda patut pilih?
- Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: CIMP
- Pemilihan Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: AUSMAT, SACE, NSW HSC
- Memilih Program Pra-Universiti yang tepat untuk anda: STPM
Looking for the English Version?
Source:
You May Also Be Interested In...
The cost of higher education in Malaysia
One of the many reasons why international students choose Malaysia is ...